ANGRY BIRD DISENGAT TEBUAN
Kisah ini berlaku di sebuah negeri
Pantai Timur (Dulu MB dia dikatakan gangster). Kita biasa dengar orang kena
sengat tebuan di kepala, badan, tangan dan sebagainya, tetapi yang ni agak luar
dari kebiasaan iaitu disengat pada tubuh “angry bird”.
Mamat ( bukan nama sebenar) selalu
menghabiskan masa hujung minggunya dengan berkebun, hobi sejak dulu lagi
katanya. Pada suatu hari yang panas terik, dia terasa nak buang air kecil, lalu
dia pun menuju ke arah sebuah semak, membuka zip seluarnya dan menunaikan hajat
kecilnya itu sambil berdiri. Dengan tak disangka-sangka beberapa ekor tebuan
telah keluar dari semak tersebut dan dengan sepantas kilat telah menyengat “angry
bird” si Mammat.
Angry bird Mamat tersangatlah sakit
dan membengkak menjadi double size asal. Dia dihantar ke hospital oleh rakan
beliau ( saya le tu). Doktor cuba menyelamatkan angry bird Mamat dengan semampu
yang boleh. Dia dimasukkan ke dalam wad untuk beberapa hari sehingga sembuh sepenuhnya.
Semasa doktor merawat Mamat, saya terlihat Mamat membisikan sesuatu kepada doktor
( rahsialah tu).
Semasa aku melawat Mamat, dia
kelihat sangat gembira dan selalu tersenyum. Aku bertanya kepadanya seronok tak
masuk spital ni? Dia kata “Mau tak!!!…. Setiap hari ada ramai nurse muda yang
membuat ‘dressing’, sekejap-sekejap datang merawat aku.” Kemudia aku bertanya lagi. “Apa yang kau bisikan pada doktor dulu tu?” Sambil tersenyum dia kata “
Aku suruh doktor tu buangkan bisanya sahaja, yang bengkak tu biarkan begitu”….
No comments:
Post a Comment