Monday, 11 March 2013

Buah Letup.

Al-Kisah ada tiga orang sahabat karib ( Mungkin Dato' Trio kot ) pergi merantau ke sebuah kampung dan tumpang bermalam di rumah Tok Imam. Secara kebetulan Tok Imam ini mempunyai tiga orang anak dara yang cun dan sedang kembang mekar. Semasa Tok Imam hendak keluar ke masjid, dia telah berpesan kepada tiga sahabat tadi supaya tidak cuba mengganggu atau mengurat anak daranya.

Sekembali dari masjid ketiga-tiga anak dara Tok Imam mengadu bahawa dia telah diganggu oleh ketiga-tiga sahabat tadi. Tok Imam lantas memanggil ketiga sahabat tadi untuk didenda. "Oleh kerana kamu telah melanggar janji kamu, maka kamu dikenakan denda. Besok pagi  selepas sembahyang subuh kamu keluar dan mencari tiga biji buah dan tunjukkan kepada saya" kata Tok Imam.

Keesokannya selepas subuh mereka pun keluar untuk mencari tiga biji buah untuk dipersembahkan kepada Tok Imam. Pemuda pertama pulang dengan membawa hanya buah saga, dan segera memberikan kepada Tok Imam. Tok Imam menyuruh pemuda pertama tadi menonggengkan punggungnya kerana dia hendak menyula  buah saga tadi ke dubur pemuda tersebut.  "Kamu jangan ketawa, walaupun kamu geli, kalau kamu ketawa jugak kamu akan saya karate" kata Tok Imam. Satu persatu buah saga disuntutkan ke dubur pemuda tersebut, dan dia terselamat dari dikarate.

Pemuda kedua kembali dengan membawa buah letup, hanya buah itu yang dijumpa. Seperti pemuda pertama Tok Imam menyumbat buah letup ke dubur pemuda  itu sambil mengingatkan supaya tidak ketawa. Buah pertama lepas masuk, walupun geli tapi ditahankan juga. Semasa Tok Imam hendak menyumbat buah yang ke dua, pemuda ini ketawa berdekah-dekah dan berguling guling ke tanah. Oleh kerana dia ketawa, maka dia dikarate dan sepak terajang oleh Tok Imam.

Tahukah anda apakah yang membuatkan pemuda kedua tersebut ketawa berdekah-dekah? Sebenarnya semasa dia menonggeng tadi dia terlihat sahabatnya  iaitu pemuda ke tiga, pulang sambil membawa tiga biji buah durian. Dalam hatinya " Sedangkan buah letup pun aku tak boleh tahan inikan pulak buah durian" kah...kah...kah.....


                      Contoh buah Letup-Letup. 


                       Buah Saga


                    Buah Durian

No comments:

Post a Comment