Al-kisah Penyamun Menyaman Tuan Rumah
Seorang pencuri yang sedang memanjat sebuah rumah seorang penduduk kampung tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke tanah menyababkan kainya patah. Dia mengambil keputusan untuk menyaman tuan rumah.
Dalam kamar hakim pencuri ini memberi keterangan:-
"Tuan Hakim, saya terjatuh disebabkan tingkap rumah tersebuat tidak di pasang dengan betul, ia senget, saya tak dapat nak imbangkan badan lalu jatuh dan kaki saya patah. Dengan ini saya ingin menyaman tuan rumah dan meminta ganti rugi."
Hakim pun meminta tuan rumah memberi penjelasan.
"Bukan salah saya tuan hakim, tukang rumahlah yang salah, dialah yang memasang tingkap rumah saya."
Tukang rumah pula berkata "Semasa saya memasang tingkap itu, seorang perempuan cantik telah lalu dan saya terlalu leka memandangnya sehingga tersalah paku, dialah yang salah."
Perempuan cantik pula berkata" Bukan salah saya, saya biasa sahaja, tukang jahit yang salah sebab dia mereka baju saya dengan cantik sekali sehingga semua orang terpesona melihatnya".
Tukang jahit pula berkata " Saya beli kain dari seorang pereka warna yang mahir, dia pandai memainkan warna dan membuatkan corak yang sangat indah."
Hakim dalam keputusannya berkata" Dengan ini saya dapati pereka warna bersalah dan seharusnya membayar ganti rugi kepada si pencuri"
No comments:
Post a Comment