Tuesday 3 September 2013

HARGA MINYAK! TRAGEDI BUAT PETANI.

Memang Pakcik tak terlibat secara langsung dengan kenaikan harga minyak kerana Pakcik tak ada kereta, tapi Pakcik terlibat sama apabila semua harga barang naik. Pakcik bukan makan gaji atau ada pencen. Ini satu tragedi bagi Pakcik....

Monday 3 June 2013

Umpan Palsu

Begitu luas lautan ciptaan Allah, ikan bebas mencari makan ke mana saja mereka mahu; tapi megapa ada yang temakan pancing si pengail walaupun umpannya adalah palsu.

Saturday 1 June 2013

Anak Khinzir malu sebab ibunya Khinzir.

Balik dari kebun petang tadi terjumpa babi dengan beberapa ekor anaknya yang masih kecil. Anak-anak babi tersebut mengekori ibunya sambil masing-masing menundukkan kepala.  
( Anak babi pun malu sebab ibunya babi) Fikir sejenak...

Friday 24 May 2013

Ketam Melayu vs Ketam Cina


Tengahhari tadi makan ketam, sedang makan teringat pulak cerita ketam ni.

Sekumpulan ketam dimasukkan ke dalam raga yang berbeza.  Raga A, dan Raga B.

Di dalam raga A, seekor ketam berjaya memanjat,dan sebelum keluar ketam tersebut sempat memaut tangan rakannya dan membawanya bersama keluar. Sebelum ketam kedua keluar ia juga sempat menarik tangan rakanya dan membawanya keluar, begitulah seterusnya perlakuan ini berlaku sehingga habis semua ketam di dalam raga tadi berjaya keluar.

Di dalam raga B, seekor ketam juga berjaya memanjat dan hampir keluar, ketika itu rakanya yang dibawah cuba memegang tangannya tetapi telah ditendang sehingga jatuh. Perkara yang sama berlaku pada ketam kedua dan lain-lain.Mana yang lemah tinggallah ia di dalam raga tersebut menanti digoreng.

Fikir!!!

Sunday 12 May 2013

Kita Menang Moral.

Sesi Memujuk Hati

Kita tidak meminta bantuan Bangla, Indon Myanmar Rohingya da sebagainya.
Kita tidak mengguna Radio TV dan media arus perdana lainya untuk berkempen.
Kita tidak menggunakan  khidmat samseng.
Kita tidak membayar upah pasang bendera.
Kita tidak merasuah.

 I would prefer even to fail with honor than win by cheating!
                                                                   -Sophocles.

Thursday 9 May 2013

Dalam Semak Ada Duri

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Bagai anjing dengan bayang-bayang.

Monday 6 May 2013

Kemenangan Yang Dirompak.

Biarlah kita kalah, tapi penuh keikhlasan dan kebenaran!!! Bukan menang, tapi dengan penuh penipuan.

Tuesday 9 April 2013

BN Gagal atasi masalah air di Pahang

Salam, agak lama jugak tak jenguk Blog, sibuk sikit, kerja luar. Balik Pahang , takde air pulak!! dengar khabar dah tiga minggu bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya ketiadaan air. Sebenarnya bukan bandar Kuantan saja di Pahang ni yang mengalami masalah air, banyak lagi tempat mengalami keadaan serupa, cuma tak dilaporkan media saja. Dulu pernah saya citer pasal "Cacing besar cacing kecik"gara-gara takde air.
Kredit: Buletin Setia Politik Kini

Thursday 4 April 2013

Tongkang Karam

Usahlah bernaung di bawah payung BN lagi, payung dah  rabak, nanti kita basah.
Usahlah bertongkatkan tongkat BN lagi, tongkat dah patah, nanti kita rebah.
Usahlah bertongkangkan tongkang BN lagi, tongkang dah pecah, nanti kita karam.

Ayuh kita ubah.....Ini kalilah.

Saturday 30 March 2013

Sempat jenguk Anwar di Sungai Isap Kuantan.

Sempat jenguk Anwar petang tadi di Sungai Isap Kuantan.

Antara ribuan yang hadir petang tadi di Sungai Isap Kuantan.

Friday 29 March 2013

Anak siapakah ini?

Anak sapa la ni....
Jumpa di Muzium K.Lipis.
Ini bukan orang hilang, tapi orang yang hilang keyakinan diri dan rakyat pun dah hilang kepercayaan padanya.

Wednesday 27 March 2013

Jalan 'clear' ke Putra Jaya

Baru balik dari Selangor, KL dan Putra Jaya. Meninjau-ninjau keadaan di sana selama tiga hari. Nampaknya jalan ke Putra Jaya sangat 'clear' untuk PR.

Saturday 23 March 2013

Anwar tidak lari,malah lebih mara ke kubu lawan.

Respons kepada Tuduhan Mahathir Anwar lari dari Permatang Pauh kununnya tempat sendiri sudah tak selamat. Anwar tidak lari sebenarnya, malah Anwar semakin mara ke kubu lawan kerana dia sudah selamat di tempat sendiri.

Tidak seperti Hishamuddin yang lari dari Sembrong kerana takut tewas.

Wednesday 20 March 2013

Takkan Tunggul Pun Tak Ada

Santai hari ini tiada kaitan politik. Hanya nak rehatkan minda. Jangan ketawa banyak sangat kerana ketawa berlebihan itu boleh mengggelapkan hati.

Al-kisah ada sorang isteri yang sedang mengandung, selalu marahkan suami selalu membebel, ada saja yang tak kena, mungkin pembawaan budak kot.

" Ini semua salah abang, abang yang buat saya mengandung. Abang kerat benda tu." kata  si isteri. Mendengar kata isterinya si suami terus pergi ke dapur dan mengambil pisau pemotong daging lalu menghentakkan ke meja makan seolah-olah memotong kemaluannya. Dia kemudian memberitahu isterinya bahawa dia sudah melakukan apa yang disuruh. Sejak dari itu isterinya sudah tidak membebel lagi.

Beberapa bulan kemudian si isteri pun melahirkan anak, mereka berdua sangat gembira sekali. Setelah berpantang seratus hari,  si isteri mengesel-geselkan badannya pada si suami dan berkata" Abang!!! nak bang!!". Si suami pun berkata, "Mana ada dah, kan haritu abang dah potong, ayang jugak yang suruh abang potong kan." " Takkan tunggul pun tak ada bang!!!" kata isterinya.

Tuesday 19 March 2013

Maksud sebenar 'Pencacai'.

Tidak terdapat dalam Kamus Dewan erti sebenar 'Pencacai' ( Mungkin segan nak sebut atau geli nak sebut, atuk tak berapa maklum, tapi di sini tok boleh cerita sedikit sebanayak pasai pencacai ni. Oleh kerana tok lahir sebelum merdeka tok pernah merasai situsi tersebut.

Pada masa itu  (Lebih kurang tahun 60an) kebanyakan tandas, terutama di kuarters kerajaan peninggalan British, mempunyai satu takung yang  menakung najis. Takung ini akan diganti oleh 'pencacai' pada waktu malam ketika kebanyakan orang tidak menggunakan tandas. (kalau pada masatu anda sedang berak,, nasib le). Ia terletak dibelakang tandas.

'Pencacai tukang angkat taik' ini biasanya memakai baju plastik seperti baju hujan (protection) dan sebuah lampu diletakkan di kepala. Mereka juga menutup muka dan kepala ( mungkin untuk mengelakkan dari dilihat orang) malu beb kerja sebagai pencacai ni. Kini tandas sudah moden tapi malangnya masih ada juga 'pencacai'

Pernyataan  tok ini mengenai maksud 'pencacai' dikukuhkan lagi oleh Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dalam filemya yang berjudul "Tiga Abdul"

Monday 18 March 2013

Mabuk 'Coca Cola'

Al-kisah dua sahabat orang Asal mengunjungi sebuah restoran untuk melepaskan dahaga. Di dalam restoran tersebuat kelihatan beberapa pelanggan berbangsa cina sedang minum air berwarna hitam (mungkin beer stout agaknya) . Mereka berdua juga ingin meminum air hitam itu untuk merasai bagaimana rupanya orang mabuk.

Bila pelayan bertanya. " Awak nak minum apa?"   Mereka manjawab " Kami nak air hitam jugak". Pelayan pun menyediakan dua botol air hitam pada mereka. Dua sahabat ini pun minumlah dengan perlahan-lahan,sedikit demi sedikit, seorang dari mereka berkata" Hassan!!!,Awak dah ada rasya?" Kawan yang bernama Zul pun menjawab. "Ada dah syikit-syikit". Mereka rasa mereka sudah mabuk.

Tahukah anda air apa yang diberikan pelayan restoran kepada Hasan dan ZuL? Sebenarnya mereka hanya dihidangkan air 'Coca Cola', kan air itu hitam jugak. kah...kah...kah... Hassan dan Zul dah mabuk Coca Cola.

Sunday 17 March 2013

Cacing Kecik, Cacing Besar.

Sudah lebih 50 tahun kampung ni wujud di negeri Pahang, namun penduduknya masih belum menikmati kemudahan air paip dan bekalan api elektrik. Untuk bermandi manda dan mencuci pakaian penduduknya terpaksa menggunakan air sungai berdekatan.

Al-kisah pada suatu hari Kak Ros dan rakan-rakan turun ke sungai untuk mandi selepas penat mencuci pakian. Dengan tidak disedari seekor cacing telah menyelinap masuk dalam alat sulit Kak Ros.

Keesokan harinya apabila Kak Ros turun lagi ke sungai, cacing tadi keluar dan terus mencari kawannya untuk menceritakan pengalamannya bermalam di sebuah lubuk. Kata cacing " Semalam aku dapat tidur dalam sebuah lubuk, aku  tidur dengan nyenyak dalam suhu yang panas".  Mendengar kata-kata cacing tersebut dia meminta  rakanya menunjukkan tempat itu lalu menyelinap masuk kedalamnya.

Semasa Kak Ros mandi esoknya, cacing ini pun keluar dan dengan pantas mencari kawannya sambil marah-marah dia berkata.  " Cilaka!!! kau tipu aku !!!". "Apa yang dah berlaku?" tanya cacing.  Rakan cacing pun bercerita " Semasa aku sedang tidur nyenyak, tiba-tiba datang seekor cacing besar, dia tumbuk aku, aku elak,..dia tumbuk kanan, aku elak ke kiri,.. dia tumbuk kiri, aku elak ke kanan begitulah seterusnya sehinggalah di sudah tak larat lagi, akhirnya dia ludah aku"

Rupa-rupanya malam tersebuat adalah malam Jumaat, dan laki Kak Ros si Jibbon tu ada balik.

Mungkinkah ini sungainya......yang banyak cacing?

The Sniper: Krisis air terbaru di Pahang. Najib buat2 bodo!

Thursday 14 March 2013

Seperti Anjing bercawat ekor


Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, cawat bermakna kain (daun, kulit kayu dsb) yang dijadikan penutup kemaluan.

"10  Jung masuk pelabuhan, anjing masih bercawat ekor" Begitulah bunyi satu peribahasa Melayu yang bermaksud orang yang tidak mengindahkan perubahan dan berfikiran tertutup.

Jika dihalusi lagi, anjing bercawat ekor, bermaksud seekor anjing yang menggunakan ekornya, membelit celah kangkangnya untuk menutup kemaluan, tapi batunya masih nampak. Sejak dulu hingga sekarang masih macamtu.

Dulu, manusia juga menggunakan cawat untuk menutup kemaluan, sekarang tidak lagi. Manusia sudah semakin moden, sudah pakai seluar dan sebagainya.Tapi malangnya dalam masyarakat yang semakin moden ini masih ada segelintir manusia yang boleh diibaratkan "Seperti anjing bercawat ekor."


Tuesday 12 March 2013

Awas tipu muslihat Syaitan.

Al Kisah seorang penjual kain dari India.

Kini dia memiliki sebidang tanah dan memelihara banyak binatang ternakan. Suatu hari dia singgah ke rumah seorang janda muda yang masih cantik bernama Milah. Dia menawarkan kain yang cantik dan mahal kepada Milah dengan harga yang murah dan dibolehkan berhutang.

Dia sebenarnya sudah tersangkut hati pada Milah. Semasa mereka sedang berborak, kain Milah terselak dan menampakkan betisnya yang putih dan gebu. Penjual kain berkata pada Milah "Kasi bukak lagi la itu kain, Mamak tengok sangat cantik".Milah berkata. " Apa Mamak mau kasi, kalau saya bukak lagi?"
" Saya kasi cik adik manis semua ayam saya satu reban." Kata penjual kain.

Milah pun setuju serta mengangkat sedikit lagi pakaianya sehingga menampakkan peha pula. Penjual kain berkata lagi. " Kalu cik adik angkat lagi itu kain, saya kasi semua kambing saya"  Milah pun menagangkat lagi kainnya sehingga ...(Malau nak cerita kat sini)

Penjual kain naik ghairah lalu memeluk dan mencium janda tersebut serta berkata. "Kalu cik adik kasi abang Mamak 'Projek' cik adik, abang Mamak kasi semua lembu pada cik adik manis". Milah pun setuju.

Malangnya semasa mamak tu sedang 'projek' Milah, Mamak hanya bermain 'di tepi kolam' sahaja. Milah yang sudah merasai kenikmatan asmara pun bertanya: "Kenapa tak turun?" Mamak pun berkata "Kalau Mamak  turun , cik adik mau kasi apa? Milah menjawab. "Saya kasi ayam satu reban". Mamak pun turun sedikit.

"Turunlah lagi mamak, nanti saya kasi semua kambing." kata Milah. Mamak pun turun sedikt lagi.
"Terjun teruslah mamak, nanti saya kasi semua lembu". Mamak pun terjun terus dan  mereka berdua lemas dalam kenikmatan.

Akhirnya mamak dapat "free" si janda tanpa mengalami apa-apa kerugian. Milah bukan sahaja kehilangan semua hadiah dari si penjual kain malah maruahnya juga turut hilang.

Monday 11 March 2013

Buah Letup.

Al-Kisah ada tiga orang sahabat karib ( Mungkin Dato' Trio kot ) pergi merantau ke sebuah kampung dan tumpang bermalam di rumah Tok Imam. Secara kebetulan Tok Imam ini mempunyai tiga orang anak dara yang cun dan sedang kembang mekar. Semasa Tok Imam hendak keluar ke masjid, dia telah berpesan kepada tiga sahabat tadi supaya tidak cuba mengganggu atau mengurat anak daranya.

Sekembali dari masjid ketiga-tiga anak dara Tok Imam mengadu bahawa dia telah diganggu oleh ketiga-tiga sahabat tadi. Tok Imam lantas memanggil ketiga sahabat tadi untuk didenda. "Oleh kerana kamu telah melanggar janji kamu, maka kamu dikenakan denda. Besok pagi  selepas sembahyang subuh kamu keluar dan mencari tiga biji buah dan tunjukkan kepada saya" kata Tok Imam.

Keesokannya selepas subuh mereka pun keluar untuk mencari tiga biji buah untuk dipersembahkan kepada Tok Imam. Pemuda pertama pulang dengan membawa hanya buah saga, dan segera memberikan kepada Tok Imam. Tok Imam menyuruh pemuda pertama tadi menonggengkan punggungnya kerana dia hendak menyula  buah saga tadi ke dubur pemuda tersebut.  "Kamu jangan ketawa, walaupun kamu geli, kalau kamu ketawa jugak kamu akan saya karate" kata Tok Imam. Satu persatu buah saga disuntutkan ke dubur pemuda tersebut, dan dia terselamat dari dikarate.

Pemuda kedua kembali dengan membawa buah letup, hanya buah itu yang dijumpa. Seperti pemuda pertama Tok Imam menyumbat buah letup ke dubur pemuda  itu sambil mengingatkan supaya tidak ketawa. Buah pertama lepas masuk, walupun geli tapi ditahankan juga. Semasa Tok Imam hendak menyumbat buah yang ke dua, pemuda ini ketawa berdekah-dekah dan berguling guling ke tanah. Oleh kerana dia ketawa, maka dia dikarate dan sepak terajang oleh Tok Imam.

Tahukah anda apakah yang membuatkan pemuda kedua tersebut ketawa berdekah-dekah? Sebenarnya semasa dia menonggeng tadi dia terlihat sahabatnya  iaitu pemuda ke tiga, pulang sambil membawa tiga biji buah durian. Dalam hatinya " Sedangkan buah letup pun aku tak boleh tahan inikan pulak buah durian" kah...kah...kah.....


                      Contoh buah Letup-Letup. 


                       Buah Saga


                    Buah Durian

Sunday 10 March 2013

Sorry Jah, I terkasar sikit tadi.

Terkesankah PR dengan tragedi Kiram?
Sebelum anda menjawab persoalan tersebut ikuti cerita ini.

Al-Kisah seekor monyet bercinta dengan gajah. Boleh dikatakan setiap hari si monyet membodek gajah supaya  membuat 'projek' dengannya. Akhirnya gajah pun bersetuju. Gajah mengajak monyet pergi jauh dari penglihatan binatang-binatang lain, "malu" katanya.

Monyet pun memulakan aksinya, memanjat belakang gajah, samaada 'dianalkan' gajah tu pun Tok Selampit kurang pasti. Tiba-tiba gajah menjerit "Aduh sakitnya" Monyet lantas berkata pada gajah, "Sorrylah Jah, I terkasar sikit tadi". Monyet tersenyum puas sambil dengan bangganya meninggal tempat itu.

Sebenarnya gajah tadi terpijak duri. Monyet hanyalah syok dan stim sendiri.
Terkesankah gajah dengan kamasutra monyet?

Zamri Perasan dia hebat.

Wednesday 6 March 2013

Pencuri Saman Tuan Rumah

Al-kisah Penyamun Menyaman Tuan Rumah

Seorang pencuri yang sedang memanjat sebuah rumah seorang penduduk kampung tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke tanah menyababkan kainya patah. Dia mengambil keputusan untuk menyaman tuan rumah.

Dalam kamar hakim pencuri ini memberi keterangan:-

"Tuan Hakim, saya terjatuh disebabkan tingkap rumah tersebuat tidak di pasang dengan betul, ia senget, saya tak dapat nak imbangkan badan lalu jatuh dan kaki saya patah. Dengan ini saya ingin menyaman tuan rumah dan meminta ganti rugi."

Hakim pun meminta tuan rumah memberi penjelasan.

"Bukan salah saya tuan hakim, tukang rumahlah yang salah, dialah yang memasang tingkap rumah saya."

Tukang rumah pula berkata "Semasa saya memasang tingkap itu, seorang perempuan cantik telah lalu dan saya terlalu leka memandangnya  sehingga tersalah paku, dialah yang salah."

Perempuan cantik pula berkata" Bukan salah saya, saya biasa sahaja, tukang jahit yang salah sebab dia mereka baju saya dengan cantik sekali sehingga semua orang terpesona melihatnya".

Tukang jahit pula berkata " Saya beli kain dari seorang pereka warna yang mahir, dia pandai memainkan warna dan membuatkan corak yang sangat indah."

Hakim dalam keputusannya berkata" Dengan ini saya dapati pereka warna bersalah dan seharusnya membayar ganti rugi kepada si pencuri"





Monday 4 March 2013

Atuk kena kencing sama Karim

Karim diasuh oleh ibunya dengan penuh sopan santun dan budi bahasa. Hormat orang tua, lembut bila bercakap. Bila Karim nak kencing waktu malam, dia kena sebut nak 'nyanyi'..(nyanyi tu bermaksud nak kencinglah,,,kan lembut tu).

Suatu hari ibunya membawa Karim melawat atuknya di kampung. Pada malam itu dia tidur bersama atuk kesanyangannya. Karim terjaga di tengah malam kerana nak terkencing. Dia mengejutkan atuknya dan berkata " Atuk!!...nak nyanyi". Atuk dia kata " Buat apa nyanyi tengah malam ni?". "Alaaa nak nyanyi jugak" kata Karim. Sambil dalam keadaan berbaring, atuknya berkata : "Ok..ok..nyanyilah kat telinga atuk ni pelan-pelan". Karim pun 'nyanyilah' kat situ....

KIRAM dan kencing MAHATHIR.

Sunday 3 March 2013

Harimau Makan Tuan



Harimau Makan Tuan

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan orang Asal di negeri Pahang. 

Andak membela seekor anak harimau, dipelihara seperti anaknya sendiri diberi makan dan minum secukupnya sehinggalah anak harimau tadi mejadi dewasa. Suatu hari harimau tersebut telah terlepas dari sangkarnya dan masuk ke dalam hutan berhampiran. “Biralah,, dia nak mencari kawan”  kata Andak.

Selang beberapa bulan, seluruh kampung tersebut gempar kerana anak Andak mati dibaham harimau. Mereka syak ini mesti harimau yang dibela Andak dahulu.

Andak ke balai Polis untuk membuat laporan.

Andak:  “Encik Polis, saya nak buat laporan, anak saya mati dimakan rimau.”
Polis:     “Apa nak buat, sudah suratan.”
Andak:  “Mana ada surat-surat encik ( Saya tak pernah tulis surat pada rimau suruh makan anak saya)”
Polis:     “Bukan,, maksud saya sudah dijanjikan anak awak kena makan rimau.”
Andak:  “Mana ada janji-janji encik (Saya tak pernah berjanji dengan rimau suruh makan anak saya)”

Bengang jugak polis tu nak layan.

Sama dengan kes beri IC.....harimau dah makan tuan.
 

Saturday 2 March 2013

Ludah dan sapu kepala.

Ludah.. sapu kepala.

Seorang guru matematik pelik melihat seorang anak muridnya berkelakuan ganjil setiap kali dia mengajar. Murid tersebut meludah pada tapak tangan kemudian menyapu kepalanya setiap kali dia tak faham apa yang cikgunya ajar.

Guru pun bertanya pada murid tersebut : "Hisyam... kenapa awak sapu ludah pada kepala awak?" Hisyam pun menjawab " Pasal matematik tadi la cikgu...tak boleh masuk"
"Apasal tak boleh masuk kena ludah dan sapu kepala?" tanya guru.

 Murid tersebuat menerangkan dengan panjang lebar kepada gurunya. Antaranya berbunyi begini:-

Pada suatu malam lebih kurang pukul 3 pagi, saya terbangun dari tidur, saya terdengar perbualan ayah dan emak saya. Ayah berkata pada emak saya. " Tak boleh masuk laa."  kemudian emak menjawab.
" Ludah...sapu kepala".
Jadi saya gunakan formula emak saya, kalau tak boleh masuk..ludah sapu kepala.

Kini Hisyam dah besar dan jadi Menteri, Dia ketawa berdekah-dekan mengingati kisah lampaunya. Pemikirannya masih serupa, masih lembab. Dia suruh pengganas letas Jawatan.


Tok Selampit berpolitik la pulak...

Hidup Rukun Dan Damai 
 Suasana ini dapat dilihat di sebuah negeri ( yang pastinya bukan negeri Hishamudin Hussin, bukan di Parlimen Pekan atau di mana-mana kawasan Felda) Peduduknya hidup aman damai tanpa mengira fahaman politik. Mereka saling membantu memasang bendera tanpa ada masalah, tiada membakar, membuang, menyimbah cat pada bendera lawan seperti mana yang berlaku di tempat lain. Beginilah yang kita mahu, menang atau kalah adalah rezeki masing-masing. Sikap anda menceriminkan moral parti yang anda dokong.


Bendera kecil tu kepunyaan parti lawan, tumbang la pulak... ini bukan sebab vandalism pihak lawan tapi sebab semula jadi, ditiup angin. Kalau boleh memang nak tegakkan semula tapi apakan daya tinggi sangat..

 Nak tau kat mana?...Lihat pada papan tanda tu.

Friday 1 March 2013

ANGRY BIRD DISENGAT TEBUAN



ANGRY BIRD DISENGAT TEBUAN

Kisah ini berlaku di sebuah negeri Pantai Timur (Dulu MB dia dikatakan gangster). Kita biasa dengar orang kena sengat tebuan di kepala, badan, tangan dan sebagainya, tetapi yang ni agak luar dari kebiasaan iaitu disengat pada tubuh “angry bird”.

Mamat ( bukan nama sebenar) selalu menghabiskan masa hujung minggunya dengan berkebun, hobi sejak dulu lagi katanya. Pada suatu hari yang panas terik, dia terasa nak buang air kecil, lalu dia pun menuju ke arah sebuah semak, membuka zip seluarnya dan menunaikan hajat kecilnya itu sambil berdiri. Dengan tak disangka-sangka beberapa ekor tebuan telah keluar dari semak tersebut dan dengan sepantas kilat telah menyengat “angry bird” si Mammat.

Angry bird Mamat tersangatlah sakit dan membengkak menjadi double size asal. Dia dihantar ke hospital oleh rakan beliau ( saya le tu). Doktor cuba menyelamatkan angry bird Mamat dengan semampu yang boleh. Dia dimasukkan ke dalam wad untuk beberapa hari sehingga sembuh sepenuhnya. Semasa doktor merawat Mamat, saya terlihat Mamat membisikan sesuatu kepada doktor ( rahsialah tu).

Semasa aku melawat Mamat, dia kelihat sangat gembira dan selalu tersenyum. Aku bertanya kepadanya seronok tak masuk spital ni? Dia kata “Mau tak!!!…. Setiap hari ada ramai nurse muda yang membuat ‘dressing’, sekejap-sekejap datang merawat aku.” Kemudia aku bertanya lagi. “Apa yang kau bisikan pada doktor dulu tu?” Sambil tersenyum dia kata “ Aku suruh doktor tu buangkan bisanya sahaja, yang bengkak tu biarkan begitu”….

Wednesday 27 February 2013

Kisah Mamak Malabari Cuba Menipu Tuhan

Kisah ini berlaku suatu masa dahulu iaitu sebelum Malaysia merdeka. Ada seorang mamak ni datang ke Tanah Melayu, dan oleh kerana seronok tinggal di negeri yang aman damai, maka dia membuat keputusan untuk terus menetap di sini. Setelah memeluk agama Islam dia pun berkahwin dengan gadis tempatan bernama Aminah.

Selang beberapa bulan berkahwin, isterinya Aminah pun mengandung.  Aminah mengidam nak minum air kelapa muda yang diambil sendiri oleh suaminya. Dipaksanya suaminya si Mamak ni panjat pokok kelapa yang begitu tinggi dan ambil buah kelapa muda untuknya.

Oleh kerana sayangkan isteri , mamak sanggup buat apa sahaja. Dia pun mula memanjat sehingga ke atas dan mengambil buah kelapa muda yang diidamkan isterinya. Dalam perjalanan turun dari pokok kelapa yang tinggi tersebut, angin telah bertiup dengan kencangnya sehingga tangannya hampir terlepas dari batang pokok kelapa yang dipeluknya dan dia hampir jatuh ke tanah. Ketika itu juga dia bernazar kepada tuhan antara lain berbunyi  "Wahai Tuhan, tak jatuh kalu, aku sembelih seekor lembu, kasi makan orang kampung" (maksudnya kalau tuhan pelihara dan dia tak jatuh dari pokok ini dia akan sembelih seekor lembu dan jamu orang kampung)

Dia pun turun lagi,  sehingga pertengahan batang pokok, angin bertiup sekali lagi, sekencang yang tadi. Kali ini dia bernazar lagi " Wahai tuhan, tak jatuh kalu, aku potong seekor kambing kasi orang kampung makan.
( kalau tak jatuh dia akan sembelih seekor kambing dan jamu orang kampung)

Dia turun lagi sehingga lebih kurang dua kaki lagi untuk sampai ke tanah, dia pun dengan sengaja melepaskan tangannya dari pokok kelapa yang dipeluk lalu dia pun jatuh ke tanah, dengan pantas dia berkata “Tengok jatuh jugak!!!, aku tak jadi potong itu lembu dan kambing”   
 ( Dia menyalahkan tuhan kerana kununnya tuhan tak pelihara dia dari terjatuh).

Mamak hidup bahagia bersama isteri hingga ke usia tuanya, Suatu hari dia jatuh sakit dan nampak begitu uzur sekali. Di saat kematianya dia memanggil isteri dan anaknya mengadapnya dan mendengar amanat terakhirnya yang berbunyi begini; “Minah!!! Aku mati kalu, kasi bungkus sama aku kain paling buruk sekali”. Dengan takdir tuhan Mamak pun menghembus nafas terakhirnya.

Sebagai menunaikan hajat arwah suaminya, Aminah bersama anaknya pun mencari kain putih yang paling buruk sekali yang terdapat dalam kampung itu untuk dikafankan kepada Mamak. Orang kampung pun menguruskan jenazahnya sehingga selesai.

Bagi orang Islam seseorang yang mati itu akan ditanya di dalam kubur oleh malaikat dan ini sangat difahami oleh arwah Mamak semasa hidupnya, dan Mamak juga tidak terlepas dari soalan kubur ini. Selepas selesai imam membaca talkin malaikat pun datang bertanyakan soalan kepada Mamak: (MaaRabbuka?) ketika soalan ini ditanya, Mamak memandang sinis kepada malaikat lalu berkata: (Berapa kali mau tanya? Tengok!!! Sudah buruk!!!) Sambil menunjukkan kain kafan yang dah lusuh pada badanya. Kununya dia sudah mati lama dulu, dan malaikat sudah menyoalnya dulu.