Tuesday 3 September 2013

HARGA MINYAK! TRAGEDI BUAT PETANI.

Memang Pakcik tak terlibat secara langsung dengan kenaikan harga minyak kerana Pakcik tak ada kereta, tapi Pakcik terlibat sama apabila semua harga barang naik. Pakcik bukan makan gaji atau ada pencen. Ini satu tragedi bagi Pakcik....

Monday 3 June 2013

Umpan Palsu

Begitu luas lautan ciptaan Allah, ikan bebas mencari makan ke mana saja mereka mahu; tapi megapa ada yang temakan pancing si pengail walaupun umpannya adalah palsu.

Saturday 1 June 2013

Anak Khinzir malu sebab ibunya Khinzir.

Balik dari kebun petang tadi terjumpa babi dengan beberapa ekor anaknya yang masih kecil. Anak-anak babi tersebut mengekori ibunya sambil masing-masing menundukkan kepala.  
( Anak babi pun malu sebab ibunya babi) Fikir sejenak...

Friday 24 May 2013

Ketam Melayu vs Ketam Cina


Tengahhari tadi makan ketam, sedang makan teringat pulak cerita ketam ni.

Sekumpulan ketam dimasukkan ke dalam raga yang berbeza.  Raga A, dan Raga B.

Di dalam raga A, seekor ketam berjaya memanjat,dan sebelum keluar ketam tersebut sempat memaut tangan rakannya dan membawanya bersama keluar. Sebelum ketam kedua keluar ia juga sempat menarik tangan rakanya dan membawanya keluar, begitulah seterusnya perlakuan ini berlaku sehingga habis semua ketam di dalam raga tadi berjaya keluar.

Di dalam raga B, seekor ketam juga berjaya memanjat dan hampir keluar, ketika itu rakanya yang dibawah cuba memegang tangannya tetapi telah ditendang sehingga jatuh. Perkara yang sama berlaku pada ketam kedua dan lain-lain.Mana yang lemah tinggallah ia di dalam raga tersebut menanti digoreng.

Fikir!!!

Sunday 12 May 2013

Kita Menang Moral.

Sesi Memujuk Hati

Kita tidak meminta bantuan Bangla, Indon Myanmar Rohingya da sebagainya.
Kita tidak mengguna Radio TV dan media arus perdana lainya untuk berkempen.
Kita tidak menggunakan  khidmat samseng.
Kita tidak membayar upah pasang bendera.
Kita tidak merasuah.

 I would prefer even to fail with honor than win by cheating!
                                                                   -Sophocles.

Thursday 9 May 2013

Dalam Semak Ada Duri

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Bagai anjing dengan bayang-bayang.

Monday 6 May 2013

Kemenangan Yang Dirompak.

Biarlah kita kalah, tapi penuh keikhlasan dan kebenaran!!! Bukan menang, tapi dengan penuh penipuan.