Tuesday 19 March 2013

Maksud sebenar 'Pencacai'.

Tidak terdapat dalam Kamus Dewan erti sebenar 'Pencacai' ( Mungkin segan nak sebut atau geli nak sebut, atuk tak berapa maklum, tapi di sini tok boleh cerita sedikit sebanayak pasai pencacai ni. Oleh kerana tok lahir sebelum merdeka tok pernah merasai situsi tersebut.

Pada masa itu  (Lebih kurang tahun 60an) kebanyakan tandas, terutama di kuarters kerajaan peninggalan British, mempunyai satu takung yang  menakung najis. Takung ini akan diganti oleh 'pencacai' pada waktu malam ketika kebanyakan orang tidak menggunakan tandas. (kalau pada masatu anda sedang berak,, nasib le). Ia terletak dibelakang tandas.

'Pencacai tukang angkat taik' ini biasanya memakai baju plastik seperti baju hujan (protection) dan sebuah lampu diletakkan di kepala. Mereka juga menutup muka dan kepala ( mungkin untuk mengelakkan dari dilihat orang) malu beb kerja sebagai pencacai ni. Kini tandas sudah moden tapi malangnya masih ada juga 'pencacai'

Pernyataan  tok ini mengenai maksud 'pencacai' dikukuhkan lagi oleh Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dalam filemya yang berjudul "Tiga Abdul"

No comments:

Post a Comment