Harimau Makan Tuan
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan orang Asal di
negeri Pahang.
Andak membela seekor anak harimau, dipelihara seperti anaknya
sendiri diberi makan dan minum secukupnya sehinggalah anak harimau tadi mejadi
dewasa. Suatu hari harimau tersebut telah terlepas dari sangkarnya dan masuk ke
dalam hutan berhampiran. “Biralah,, dia nak mencari kawan” kata Andak.
Selang beberapa bulan, seluruh kampung tersebut gempar kerana
anak Andak mati dibaham harimau. Mereka syak ini mesti harimau yang dibela Andak dahulu.
Andak ke balai Polis untuk membuat laporan.
Andak: “Encik Polis,
saya nak buat laporan, anak saya mati dimakan rimau.”
Polis: “Apa nak
buat, sudah suratan.”
Andak: “Mana ada surat-surat
encik ( Saya tak pernah tulis surat pada rimau suruh makan anak saya)”
Polis: “Bukan,,
maksud saya sudah dijanjikan anak awak kena makan rimau.”
Andak: “Mana ada
janji-janji encik (Saya tak pernah berjanji dengan rimau suruh makan anak saya)”
Bengang jugak polis tu nak layan.
Sama dengan kes beri IC.....harimau dah makan tuan.
Sama dengan kes beri IC.....harimau dah makan tuan.
No comments:
Post a Comment